Istana Kehakiman

Istana Kehakiman
ايستان کحاکيمن
Map
Maklumat umum
StatusSiap
JenisMahkamah Persekutuan
Gaya seni binaIslamik
Moor
Palladi dan Neoklasikisme
LokasiPutrajaya
Bandar/pekanPutrajaya
Wilayah Persekutuan
NegaraMalaysia
Koordinat2°55′1.398″N 101°41′1.656″E Sunting ini di Wikidata
Pecah tanah1999
Pembinaan bermula2000
Disiapkan pada2003
Dirasmikan pada2004
Butiran teknikal
Bilangan tingkat5
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekArkitek aQidea, AR Ahmad Rozi A Wahab
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Kehakiman (Jawi: ايستان کحاکيمن) merupakan tempat letaknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Bangunan ini meliputi blok bangunan pentadbiran mahkamah kembar 5 dengan 2 bangunan satelit berkembar yang menempatkan bilik-bilik mahkamah. Ia dicipta dengan menggunakan sentuhan seni reka Moor yang jelas kelihatan dari binaan kubahnya, turus, dan gerbang. Bangunan ini direka berdasarkan 3 prinsip falsafah utama iaitu keseimbangan (keadilan), ketelusan dan kekuatan sistem kehakiman negara Malaysia. Para pelawat bebas untuk bergambar di hadapan bangunan mahkamah ini demi menjiwai seni reka klasik dan erti keadilan yang cuba digambarkan menerusi kehalusan seni binaan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne